Karangan berbentuk wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati, atau ingin tahu sesuatu perkara )
- seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
- setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
- sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang.
Format karangan ini
- nama watak ditulis selari di sebelah kiri
- selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
- Mulakan perbualan dengan salam sejahtera
- anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan “Encik”, “Tuan”, ataupun “Makcik”
- pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog.
- boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’
- soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
- Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
- elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.
- soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
- kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
- tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
- soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
- Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.